Monday, May 18, 2015

Bergembira di Blogger BBQ Poolside Party


Terasa teruja sangat bila tengok gambar ini masa yang diupload oleh blogger  nannie isa di Facebook. Terus kolin inform dia nak turut serta dalam komuniti blogger dan yeay..kolin dijemput hadir sama. 
Kolin di maklumkan hos parti ini ialah Mr. Sidney Kan dan kolin sebagai orang baru dalam dunia blogger berterima kasih sangat-sangat atas peluang ini.
Thank you Sid for hosting the party!!


Bertempat di Opal Condominium, Kota Damansara, parti dijadualkan bermula pukul 4.00 petang. Sebelum itu memang FB messenger kolin non stop dengan pemberitahuan dari semua rakan blogger
. Nasib baik hujan berhenti tepat pada waktu parti bermula. Memang lega sangat!


Sesampai di sini, kolin mendaftar di kaunter pendaftaran dan terus menyiapkan anak-anak yang memang dah teruja nampak kolam renang dari sampai tadi. Parti yang sangat best sebab anak-anak dan suami dapat join sama. Memang macam blogger family day out! Meriah dengan kelibat anak-anak.


Dah selesai bab anak-anak terjun pool beralih ke bab makan pula. Bau keenakkan daging, ayam dan makanan laut segar yang dibakar membuatkan kami semua lapar. Terima kasih buat bakarlah BBQ sebab hidangkan kami makanan yang super sedap untuk petang semalam. Lepas ini kolin janji diet!!!!



Memang sampai menjilat jari makan tau, siap kami semua sporting bakar ayam dan daging kami sendiri. Bila lagi nak tunjuk skill BBQ kalau tidak semalam kan. Baru terasa macam chef!


Bukan itu sahaja, kami juga dihidangkan dengan spaghetti dari nysteakshack, buat pengetahuan uolls kolin tambah 2 kali tau hehehe. Terasa lebih manis apabila dapat makan bersama rakan-rakan baru. Selain dari itu ada juga kek yang didatangkan khas dari eastinhotelpj tapi kolin tak sempat snap gambar kek. Makan kek sempat lah hahahhahah


 Bersama blogger ayu rafikah

Selain itu, ada juga aktiviti face painting dari Face-Body-Art-BY-Fannie dan DIY aksesori dari elegantjewellerystudio dan kelvingems. Meriah bukan! Memang anak-anak tak menang tangan nak mencuba kedua-dua aktiviti ini.


Lagi rasa bertuah badan apabila ada jurugarmbar antarabangsa turut bersama kami semalam. Tak pernah kolin bermimpi dapat peluang ini. Terima kasih banyak kepada hos sebab bagi kolin pengalaman ini.

Photographer Zung in action

kepada sesiapa yang ingin melihat dan mengenali jurugambar yang sangat berbakat ini boleh lah ke FB  Zung-ninja-photographer memang korang akan rasa teruja melihat hasil kerja Zung. World Class job!

Tidak cukup dengan itu, kami juga dapat bergambar bersama keluarga tersayang. Masa ini lah kolin ambil kesempatan untuk bergambar dengan Alisa Maisara. Ali Imran macam biasa sejak dah meningkat usia ini memang mengelak setiap kali acara bergambar. Nasib baik ada anak dara seorang ini.
Tak sabar nak tunggu 10 hari gambar kolin akan diupload di fb  Zung-ninja-photographer
Ada dua sesi bergambar, yang pertama Twilight dan satu lagi black and white potrait. Tunggu nanti dah upload kolin share ok! Buat pengetahuan korang, Donald Trump pun pernah guna perkhidmatan Zung.


Terima kasih kepada semua yang sudi beramah mesra dengan blogger baru macam kolin ini. Yang mana kolin tak sempat nak sapa dan berkenalan mungkin lain kali kita boleh berkenalan dengan lebih mesra lagi.   
Buat tuan rumah sidney kan tiada kata semanis terima kasih di atas penganjuran parti ini. Kolin dan anak-anak memang rasa seronok sangat semalam.

 diantara blogger yang dapat hadir semalam. 
Kredit gambar kepada blogger  http://www.miriammerrygoround.com/
dan sedikit info mengenai parti kredit kepada blogger www.mieranadhirah.com

Untuk entri kali ini kolin nak akhiri dengan pantun empat kerat. Terima kasih semua!!!!!! 

Tuai padi antara masak,
esok jangan layu layuan
intai kami antara nampak
jangan esok rindu rinduan

Buat semua penaja semalam, terima kasih 
 
#bloggerspoolsidebbqparty #Zungthephotoz #eastinhotel #bakarlah #GSTgroup #shills #NYsteakshack #HeiSushi #FannieFaceArt #EJS #KelvinGems #balloonbuzzUSJtaipan

love!

kolin zainal
 

11 comments:

  1. ayu rafikah tu pernah keje cikgu ker?

    ReplyDelete
  2. salam kenal..ank i ada geng ngan ank u juga time mandi manda tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa yang nak belon macam alisa ye?
      betul tak? hahaha

      Delete
    2. ye btul...hehe..dpt belon lps tu on the way ke kete dh meletop

      Delete
    3. hahahha..sama lah mama tisya oii
      penuh belom sekereta! harap dapat jumpa lagi ye!!!!

      Delete
  3. Replies
    1. nak ajak ko 21 mei ni..
      tapi tak de rezeki..
      lenkali ye mimie

      Delete
  4. Thanks for the credits kak kolin! Had an amazing time at the party! See you soon :)

    xoxo
    Miriam
    www.miriammerrygoround.com

    ReplyDelete

loving me..loving you