Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pelaksanaan GST pada 1 April 2015 - Mydin tanggung kos GST





SUBANG: Mydin Mohamed Holdings Bhd akan menyerap kos Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM15 juta daripada keuntungan bulanan pasar rayanya yang dianggarkan mencecah RM300 juta bagi membantu pengguna berdepan pelaksanaan cukai itu yang bermula esok.

Malah, kata Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin, menerusi perbincangan dengan pembekal, sebanyak 1,500 daripada 3,000 pembekal Mydin telah bersetuju untuk turut menanggung kos GST berkenaan.

Menurutnya, Mydin menganggarkan akan menanggung kos sebanyak dua peratus daripada RM15 juta tersebut, diikuti dengan pembekal sebanyak dua peratus serta kebenaran menuntut kembali cukai daripada kerajaan, juga sebanyak dua peratus.
"Kita masih belum dapat menentukan secara tepat jumlah peratusan yang akan ditanggung tetapi ianya di antara dua hingga empat peratus.

"Kebanyakan pembekal yang bersetuju adalah pembekal tempatan kerana mereka memahami sentimen yang mempengaruhi jualan dan pasaran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas lawatan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ke Pasaraya Mydin USJ, di Subang Jaya dekat sini, hari ini.
Ameer berkata pembekal tempatan turut memberi kerjasama baik membantu Mydin dalam mengekalkan harga barangan.

Sikap itu katanya, berbeza dengan syarikat berstatus multinasional yang didakwanya lebih menumpukan keuntungan.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan agar terus menggesa syarikat berkaitan memberi kerjasama lebih baik membantu rakyat menghadapi GST serta kos sara hidup yang tinggi.
Mengulas harga barangan, Ameer menegaskan faktor itu dipengaruhi oleh harga bahan mentah dunia dan pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya memberi jaminan tempoh harga barangan akan turun atau dinaikkan.

"Ia dipengaruhi oleh harga komoditi. Sebagai contoh harga koko telah jatuh sebanyak lima peratus, oleh itu harga barang makanan berasaskan koko tidak tidak sepatutnya naik," katanya.
Beliau turut menasihati pengguna agar bijak dan lebih peka dengan situasi semasa dan berani menyoal jika mendapati harga sesuatu barangan itu mahal.

Selaras pelaksanaan GST mulai esok, Mydin telah melancarkan kempen 'Gerenti Semua Mydin Tanggung, Harga Tak Naik!' di seluruh 260 cawangannya di seluruh negara.
Sementara itu, Ahmad Maslan berkata Kementerian Kewangan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan akan terus memantau pelaksanaan GST secara berterusan.

"Saya akan terus memantau kedai -kedai supaya mereka melaksanakan GST dengan cara yang betul. Malah mulai esok seramai 13,000 pegawai kastam akan melakukan lawatan ke premis-premis," katanya kepada pemberita. - BERNAMA

********************************************************************************

assalammualaikum

Syukur ada yang prihatin akan isu GST
Belanja lah dengan bijak, pilihan di tangan kita

Thank you MYDIN



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you