Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

menyahut seruan #fitmalaysia

assalammualaikum

Demi menyahut seruan untuk sihat, kolin dan suami pun ajak lah anak-anak untuk beriadah di pagi hari ahad. Tak jauh dari rumah pun, di Taman Metropolitan Kepong atau dikenali sebagai taman layang-layang. 

Punya lah excited pepagi tu pergi dengan tak bersarapan pun. Sebab macam terasa awal sangat jam 8.00 pagi tu. Terus kami ke taman nak berbasikal bersama-sama.


Di taman ini menyediakan perkhidmatan menyewa basikal tau. Boleh naik yang berdua, nak bawak anak kecil pun ada tempat duduk khas atau pun single rider. Harga untuk satu jam hanya RM10.00 sahaja. So sesiapa yang tidak memilikI basikal dan kenderaan pun tak sesuai nak berangkut bagai. Boleh lah sewa saja kat sini  macam kolin. Senang kan! So tak de alasan nak bermalas-malasan ok. #fitmalaysia


Sebelum nak kayuh tu sempat lah kami berdua selfie. Yang boys dah laju ke hadapan meninggalkan kami. Maklumlah kolin nak ambil angin pepagi tu. Menghirup udara segar katanye ihihi



Gambar ni di snap dua kali..cuba tengok ali imran pose
aku pun tak faham kenapa pose aku boleh sama. Nampak tak kemodelan aku terserlah hahahha
statik kan dalam dua gambar. Mana stalker yang tak suka tu boleh muntah hijau hujung sana ye.
Atau pun tak payah lah jengah blog I, buat tambah dosa you aje. Dah tengok mengata, dapat dosa. I dapat pahala, Insya Allah. So tak suka..tak payah baca and stalk cerita kehidupan orang lain lah ye. 
Kasihan awak..NO LIFE (#blogakukaupulaksakithati)
Dapat juga kami anak beranak berbasikal keliling taman yang super besar ini. Sesiapa tak pernah datang, sila lah ke sini. Taman ini memang besar dan sure penat sebab kawasan jogging dia yang luas sangat.

Akibat dari itu kami pun telentang anak beranak di atas rumput.
Peluh pemalas kami berjurai-jurai pada hari itu. Sedih sampai tak larat berkayuh tapi tolak basikal hahah.
Paling tak terasa apa ialah alisa maisara sebab jadi MEM duk belakang orang lain kayuh.



basikal terdampar..makhluk kayuh basikal pun terdampar
penat giler wei..sesekali beriadah macam ini. 

Dah habis satu pusingan, kami terus pulang balik basikal dan balik.
Tak larat sangat wei...sampaikan hari tu dari pagi ke malam tak masak hahahha
Makan kedai jawab nya!! Tapi tetap kami tak serik dan akan teruskan aktiviti sihat ini selalu. 

Demi Kesihatan, Demi Fit Malaysia

Chaiyookkkk!!!!

#fitmalaysia


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you