Tuesday, April 28, 2015

jom petik strawberry

assalammualaikum

Minggu ini akan penuh sesak kan. Maklumlah cuti hari buruh bersambung dengan cuti hari wesak. Dan disebabkan itu lah kami bercuti pendek minggu lepas. Tempat yang menjadi kegemaran keluarga kolin selalu ialah Cameron Highland. Cuaca sejuk, buah fresh!..nice



Macam biasa alisa maisara ini kaki shopping. Pantang nampak orang berjualan memang akan beli. Topi yang dia posing tu RM13 di Pasar Malam Brinchang. Aktiviti kami yang pertama ialah memetik Strawberry. Selama ini kami hanya beli yang disiap petik. Kali ini anak-anak teringin nak petik sendiri. RM25 sahaja untuk seorang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Dan strawberry yang boleh dikutip ialah setengah kilo. 



Anak-anak lah paling excited! Mereka berdua cari yang besar-besar dan gemuk-gemuk untuk dibawa pulang. Lagipun macam biasa strawberry kalau bawak balik cepat lembik. 
So nanti kolin plan nak buat aiskrim strawberry. Nak resipi nya..tunggu!!!


So dah siap petik!! dah siap bayar..jom kita ronda-ronda Cameron Highland.
Kalau nak tahu, hari ahad pagi di pekan brinchang ada pasar tani heheh..
meh perabis RM huhuhu



 orang yang berdiri tinggi di atas gunung selalu bongkak 
sebab melihat orang lain di bawah kaki gunung itu kecil dan kerdil, 

tapi jangan lupa orang yang melihat dari bawah kaki gunung juga, 
melihat orang di atas gunung  kecil dan kerdil

manusia sama sahaja

#travel #bercuti #alialisablogspot

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you