Tuesday, March 17, 2015

Time to Enjoy Life ~ Taiwan

assalammualaikum

Pertamanya kolin ingin berterima kasih kepada Tammy sebab sudi bagi peluang untuk kolin menyertai 
Blog your way to Taiwan. Tanpa berfikir panjang kolin terus menaip dan menaip dengan harapan nak menang. Sebab kalau menang kolin boleh bawak partner ikut sekali siap semua di bayar tau. Di tanggung beres kaedahnya...best sangat!

Siapa yang tidak mahu ke Taiwan? Taiwan yang dahulunya dikenali dengan nama 'Formosa' atau dalam bahasa Portugis bermakna "beautiful island'. Taiwan dipanggil 'Formosa' berikutan kedatangan pihak Portugis pada kurun ke 16 dan menyaksikan keindahan dan kemasyuran pulau tersebut. Dan kini pulau yang indah itu dikenali di seluruh dunia iaitu Taiwan.




Kolin sangat teruja sekiranya dapat ke Taiwan untuk mencuba makanan Halal yang semakin popular di bumi Taiwan. Menurut laman web http://www.taiwan.net.my/ hidangan halal mereka semakin mendapat banyak disebabkan permintaan pelancong muslim. Malahan mereka juga menawarkan berbagai pakej dan tempat makan yang boleh dilawati oleh Muslim.

Di Taiwan mereka mempunyai beberapa bahagian iaitu Taiwan Utara, Taiwan Selatan, Taiwan Timur dan Taiwan Tengah. Setiap bahagian menawarkan berbagai jenis restoran yang boleh kolin cuba makanan tempatan yang ditawarkan. Kolin kalau bab makan memang no. 1. Kunjungan kolin ke Taiwan pastinya ingin menghabiskan masa menikmati makanan mereka sudah tentunya "spending time to eat"

Di laman web http://www.taiwan.net.my/ ada menawarkan pakej muslim di dalam risalah siap dengan semua senarai tempat yang boleh kita lawati. Siap nama restoran, senarai tempat yang boleh dilawati, agensi yang boleh membantu dan juga masjid-masjid di sekitar Taiwan. Senangnya melancong ke Taiwan, kolin ingatkan masalah ini akan timbul, rupanya semuanya mudah dan Taiwan menawarkan percutian yang menyeronokkan. Apa lagi dapat tengok Menara yang tinggi mencakar awan tu kan.

Lebih 100 restoran makanan halal di tawarkan di Taiwan. Kalau lah kolin nak sebut satu-satu memang akan tak akan habis. Akan tetapi sekiranya kolin menang memang sangat teringin nak cuba beberapa restoran yang kolin rasa sudah pasti menyediakan masakan yang original dari bumi Taiwan.

Restoran pertama: Different Muslim Restaurant

Restoran ini dimiliki oleh seorang Muslim, Ma Zi-neng. Beliau suka mengubah sajian klasik China menjadi makanan yang boleh diterima oleh orang Muslim. Resipi istimewanya ialah nasi ayam tumis Islam yang ditiru daripada nasi tumis Cina. Kata Ma, pelanggan tetap telah menemui peneman sesuai untuk hidangan savuri ini iaitu sayur jeruk Yunan masakannya. Sebab lain kenapa ada perkataan ‘Different’ pada nama restorannya, Ma menjelaskan bahawa beliau mencipta setiap hidangan yang tidak sama dan tidak boleh didapati di restoran pesaing. Sebagai contoh, masakan istimewa Yunan dan Myanmar.


Restoran kedua: Hsiang Hsieh Restaurant

Alamat: 46, Longdong Rd., Zhongli City, Taoyuan County
Tel: (03) 436-9474

 


 gambar-gambar di dalam http://www.taiwan.net.my/ memang menarik perhatian kolin, nampak macam lawa sangat kawasan sekitar restoran ini. Tak sabar nak cuba!
Macam wonderland pulak!

Restoran ketiga:  eTaiwan Restaurant

Makanan : Middle East Cuisine / Chinese Style and Western group meals

Tengok lah warna wanrni makanan yang disediakan oleh restoran eTaiwan.. Memang tak sabar kolin nak cuba semua makanan Halal yang ditawarkan di Taiwan. Kolin berharap blogpost kolin ini menang lah ye.
Kolin percaya restoran ini akan memberikan citarasa original dari Taiwan.

Selain tiga restoran yang kolin senaraikan, kita boleh tengok di pamplet yang disediakan di laman web http://www.taiwan.net.my/ banyak lagi restoran dan hotel yang menawarkan menu yang halal untuk kita cuba. Siapa cakap susah nak makan kalau ke Taiwan. Pendek kata melancong di Taiwan akan menjanjikan seribu rasa citarasa makanan yang kita boleh cuba.

Jangan lupa singgah di http://www.taiwan.net.my/  dan like FB www.facebook.com/taiwan untuk informasi yang lebih menarik mengenai Taiwan. Semoga kolin dapat membawa teman paling rapat dengan kolin ke Taiwan nanti. Wish me luck guys!!!!




khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan oleh www.alialisakreatif.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you