Wednesday, February 4, 2015

Perhimpunan Elsa & Anna di Karangkraf Shah Alam

assalammualaikum

Hari minggu yang lalu kolin berkesempatan menghadiri perhimpunan terbesar Frozen yang diadakan oleh Karangkraf yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Jom sertai "The Largest Frozen Kids Gathering @ Karnival Karangkraf"


alisa sangat excited apabila tahu yang kolin akan bawa dia ke perhimpunan elsa dan anna ini. Tambahan pula memang kami berdua peminat cerita Frozen kan...let it go..let it go
Masa ini lah kita nak berkumpul beramai-ramai bersama peminat Frozen kan



Masa kami sampai tu cuaca memang panas sangat, kolin dan alisa terus ke tempat pentas utama untuk join sekali di dalam perhimpunan terbesar Frozen. Kedengaran lagu tema Frozen pun dah buat kami excited.
Memang meriah sangat masa tu.


Lihat lah betapa ramai peminat cilik Frozen, bermacam jenis pakaian dan gaya ada. 
Siap ada yang memakai rambut palsu blonde merupai Elsa, kreatif sangat ok
Memang masing-masing tak mahu kalah dengan mengayakan gaya Frozen.


walaupun panas sangat, selfie tetap selfie ok. kolin terpaksa dukung alisa sebab alisa tak nampak atas pentas tu acara apa. Terpaksalah dukung budak 6 tahun ini.


Tempat yang disediakan sangat selesa buat anak-anak. Siap kerusi dan di bawah khemah yang selesa sangat. Good Job Karangkraf!! Semua dapat duduk dengan selesa dan cantik dekorasinya.


Selepas acara pakaian Elsa dan Anna terbaik, event ini disudahi dengan nyanyian dari Kaka Asyraf menyanyikan lagu Let it go dan bawalah daku pergi yang dinyanyikan beramai-ramai.


Tengok lah anak-anak ini semua bergembira di perhimpunan Frozen ini. Acara ini habis jam 1.00 petang.



Sempat lah kolin bergambar dengan alisa di sekitar Karnival Karangkraf ini. Buat pengetahuan, banyak sangat acara yang diadakan sepanjang karnival ini berlangsung. Cuma cuaca agak panas kolin tidak berkesempatan untuk mengunjungi gerai-gerai lain. Buat peminat buku dan majalah memang berbaloi-baloi kalau datang ke sini. Buat Karangkraf .....tahniah untuk acara yang hebat ini.



khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan oleh www.alialisakreatif.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you