Wednesday, February 4, 2015

Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang

assalammualaikum

Belum hilang penat kolin ke Jakarta- Bandung, baru duduk rumah 2 hari aje. kolin ditugaskan ke Kuching Sarawak. Kolin pernah ke Kuching sekitar tahun 2007 tapi masa itu melancong. Kiranya kunjungan kali ini akan mengamit memori kolin lah. Terima kasih kepada insan yang merealisasikan impian ini heheh

Penerbangan seawal jam 9.00 pagi di KLIA2, terima kasih banyak kepada agen yang membantu, Pn. Shahira. Semua urusan berjalan lancar seperti yang dijangkakan

 me with ira

 Seawal jam 7.00 pagi kami telah berada di sini untuk menguruskan semua yang terlibat. Alhamdulillah semua ok dan sukses. Bermula lah perjalanan kolin sekali lagi dalam penerbangan menuju ke Kuching. Semua baca doa semoga dipermudahkan perjalanan kami. Maklumlah sekarang macam-macam berita kan.

XES shoes pilihan kolin kali ini

bawalah daku pergi..

Tips ke Sarawak, jangan lupa bawak IC atau pasport. Kalau anda jenis yang pelupa lebih baik bawak pasport untuk dicop. Sebab kalau kita pakai IC mereka akan memberikan kita sekeping kertas untuk kebenaran kita masuk ke bumi kenyalang ini. Dan kalau hilang banyak urusan yang perlu dilakukan nanti. Untuk memudahkan perjalanan, baik bawa sahaja pasport. Tak silap kolin, kita perlu mengisi borang sekiranya kehilangan kertas imigresen itu. Malas kan..so jangan lupa bawa sahaja pasport ok!!

So jom ke Kuching!!!...


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you