Tuesday, February 24, 2015

Jakarta to Bandung

assalammualaikum

#throwback #balingbelakang

Pengalaman kolin melepak di stasiun gambir ni memang menarik. Disini memang banyak saja restoran untuk lepak minum dan makan. Saingan sangat-sangat hebat, sampaikan mereka akan berdiri di hadapan restoran dan memanggil kita masuk ke dalam. Kegigihan rakyat mereka sangat mengagumkan koiln..serius!!

Sebelum kami melepak, memang tak larat sangat nak pikul beg masing-masing. Tapi jangan risau kita boleh tinggalkan beg kita di sini sementara pusing-pusing di kawasan sekitar. Contohnya: Dataran Monas.


Tak mahal pun simpan beg kat sini. Daripada ke hulur hilir bawak barang yang kita shopping kat tanah abang tu kan. Baik lah kita simpan kat sini. Tenaga nak kena simpan wei...

Melepak mesti order air kan...


ini teh O


Ini kopi..tak tau rasa apa..milah yang punye!!


yang melampau terkeluar isi semua ini si sue yang punye. Si kamal dan kak chik order apa kolin dah tak ingat sangat. Tapi inilah bayaran yang perlu dibayar melepak minum di sini.


Selesai minum dan ambil semua barang kami kene 'check in' untuk menaiki keretapi. Sama macam naik flight jugak. Di sini nampak sangat-sangat sistematik.

Masa menunggu di ruang atas kami didendangkan dengan muzik jawa ala ala jogjakarta. Merdu sungguh alunan muzik tu sampai kami semua hegeh-hegeh nak bergambar dengan Mas Joko semua. 



Jom ke ruang menunggu keretapi!!! Biarlah gambar menceritakan semuanya. Yang penting kami semua dah letih dan tadah ajelah muka bergambar hahahah. 








ok bai!!!!

#travel #jakarta #bandung #sawan bergambar

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you