Thursday, February 19, 2015

Bougainvilla Resort, Port Dickson

assalammualaikum

Percutian hujung minggu yang ringkas dan dekat dengan Kuala Lumpur memang Port Dickson lah tempatnya.  Kali ini kolin berpeluang bercuti bersama keluarga yang tersayang. Selalu travel sendiri atau bersama kawan-kawan. So inilah percutian pertama kami untuk tahun 2015.


Bougainvilla Resort ini terletak di Batu 9, Jalan Kemang 12. Ianya selepas Batu 8 yang kebiasaanya menjadi tumpuan para pelancong untuk mandi manda. Untuk tempahan boleh hubungi 06-662 6582/7582, Email bvillaresort@gmail.com atau http://bougainvilla.com.my


Resort ini agak kedalam sedikit dan kena betul-betul perhatikan simpang masuk. Ianya terletak di bahagian belakang apartment yang berada di tepi jalan besar.




Kolin ambil bilik standard dan minta tilam tambahan dari pihak resort. Setakat keluarga kolin yang kecil ini memang bilik ini sederhana sahaja. Ada aircond dan kipas dalam bilik.


di sini ada juga taman permainan kanak-kanak, kolam renang dewasa dan kanak-kanak, padang kecil yang sesuai bermain bola dan aktiviti sukan. 




Tempat melepak juga disediakan buat ibubapa atau penjaga yang ingin memantau 
semasa anak-anak mandi manda. 


Ini pula salah satu landskap yang ada di dalam taman resort ini. Kolin sejak akhir-akhir ini memang suka perasan jadi model wei. Pantang orang nak snap gambar, cepat aje kolin pose.


dari resort ini kita juga boleh melepak tepi laut. Tak jauh sangat lah, cuma memang perlu berjalan atau menaiki tangga untuk ke tepi pantai.  Anggap aje lah senaman bila badan kian montok ni kan heheh



Mereka siapkan ruang penjalan kaki yang selesa untuk ke tepi pantai. Sekiranya kita ada kereta sorong baby pun memang senang sangat nak bergerak ke pantai. Seronok nya melepak di sini!




Tempat istirehat dan menikmati angin laut pun ada disediakan di sini. Bougainvilla Resort ini memang sederhana dan sesuai untuk seisi keluarga. Bagi orang yang tidak cerewet dan mementingkan star rating inilah resort yang baik dan harganya sangat berpatutan. Jika ke port dickson dan tak tahu mana nak bercuti dengan keluarga. Sila lah ke Bouginvilla Resort Port Dickson.


Tentunya meninggalkan kenangan manis buat anda sekeluarga.



khidmat pesanan masyarat ini dibawakan oleh www.alialisakreatif.blogspot.com

2 comments:

  1. Tgh mencari tmpt yg sesuai utk bwt fmly day disember nti
    Thanks 4ur sharing
    Rsnye mcm sesumc sgt je ni
    Xsbar nk bgtaw ysben ttg ni
    Tq tq sesangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi wana,

      Try lah..memang ok resort ini..sesuai untuk family day sebab pool dia mesra anak anak :)

      Delete

loving me..loving you