Tuesday, December 2, 2014

MAHA 2014

assalammualaikum

Minggu lepas kolin sempat singgah ke MAHA 2014 yang diadakan di UPM Serdang
Sangat teruja dan sememangnya setiap tahun kolin tak pernah melepaskan peluang
untuk melihat semua yang disediakan di tapak MAHA ini


Tempat letak kereta yang disediakan sangat luas dan dikenakan bayaran sekali masuk RM5 sahaja. Tempat menunggu dengan tram-tram yang disediakan sangat membantu. Walaupun panas tetapi semangat untuk melihat pameran kali ini sangat teruja.


antara jualan yang sedia ada di tapak MAHA kali ini ialah pokok sayuran, buah-buahan, ulam dan ada juga tanaman hiasan. Semua pokok yang ada di sini sangat segar dan berkualiti baik. Malahan kolin sempat merasa nenas yang sangat manis dan dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk peminat bunga orkid pula dengan hanya RM15.00 dah boleh bawak balik pokok bunga yang sangat berkualiti.


pilih sahaja warna apa yang suka
semua ada



sempat juga lah kolin selfie di tempat jualan bunga orkid ini. Semua cantik-cantik belaka


antara gerai-gerai jualan yang bersedia untuk semua pengunjung MAHA 




perkhidmatan motor roda tiga juga disediakan buat pengunjung yang mungkin membeli dalam kadar yang banyak. Semua yang memerlukan perkhidmatan mereka hanya perlu ke kaunter ini dan buat bayaran yang sepatutnya. Kemudahan yang sangat selesa buat pengunjung

Selesai kami membeli belah di bahagian depan tapak MAHA ini 
kami terus mendaki bukit untuk melihat apa yang ada di dewan pameran



di sini banyak tempat informasi yang boleh kita tengok. Semua senang aje, cuma larat atau tidak aje lah nak ronda semua pameran MAHA ini. 


kolin mulakan dengan menjenguk di Dewan A 
Pameran Agensi Kerajaan


Dewan nya berhawa dingin, selesa sangat. Banyak pameran yang ada. Siap tunjuk hasil tuaian ladang-ladang terbaik lagi. Ada permainan tradisional untuk anak-anak cuba main. Ada ruang pameran orkid yang sangat unik, buah-buahan yang besar saiz dari biasa. Paling penting ada ruang istirehat untuk keluarga. Ye lah kan..penat tau berjalan di sekitar pameran MAHA ini. Luas sangat...



lihat lah keterujaan anak-anak kolin, memang sangat seronok tengok akuarium yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan yang sangat cantik. Semua yang terbaik dipamerkan di sini.


keluarga kecil kolin di MAHA 2014


dan tentunya selfie with my anak dara


selesai ronda-ronda dalam Dewan A 
kami semua beredar untuk melihat ruang pameran ladang ternakan
ya ampun....jauh ye, naik tram lagi lah kami 
tetapi jangan risau, tram banyak dan senang sahaja. Lagi pula petugas petugas di MAHA ini sangat-sangat peramah dan membantu. Walaupun berhujan dan berpanas


yang ini kami ke tempat ladang ternakan. Disini banyak sangat pameran, kolin rasa sehari tak cukup masa untuk habis semua. Ada ladang nenas, ladang padi, rumah burung walit, pameran jentera..memang tak tersenarai lah. Yang pasti memang banyak!!!


yang ini kambing baka campuran
memang panjang dan besar sangat. yang bestnya orang tempatan kita yang menternak kambing ini. 
Good job!


ini kambing..lembu sebesar kereta pun ada tau
ayam, anak ayam, mak ayam dan bapak ayam pun ada

di sebelah ladang ternakan ini ada satu khemah putih yang besar menjual berbagai makanan yang boleh dicuba. Tapi memang MAHAL la bagi kolin, sebiji telur pindang RM1.80 terkejut mak.
Giler mahal betul la makanan kat sini, sewa mahal sangat kut. Anyway kalau ke sini tahun depan jangan lah risau sebab surau dan toilet memang banyak dan senang. 

Sebab apa kolin kata tahun depan sebab MAHA 2014 telah pun berakhir pada 30 November 2014. Dan pastinya MAHA 2016 kolin sekeluarga tak akan melepaskan peluang untuk ke sini lagi. Mana tau, pada tahun 2016 makanan yang dijual murah sikit hehehe..

chow

 

#MAHA2014
#hpnkk
#eventblogger
#alialisa

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you