Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Langkawi Getaway for School Holidays ~ 1

assalammualaikum

akhirnya trip yang tidak dirancang ini menjadi. kolin bertolak dengan huda, kamilah, anis serta anak-anak dari kuala lumpur menuju ke kuala perlis. Kami sampai sekitar jam 9.00 pagi. Lega dah sampai..memang macam naik bullet train hahahhaha
Parking dan feri

1. Sampai sahaja terus cari parking kereta, huda berjaya mendapatkan parking kereta berdekatan dengan jeti feri dengan hanya RM10 untuk semalam. Murah kan! Sebab kalau cuti sekolah mahu berbelas ringgit tiket untuk parking kereta. Sesudah itu kami pergi mendapatkan tiket feri pula, paling awal yang ada 12.30 tengahari. Tapi elok juga, perut pun dah bunyi kami terus mencari sarapan. Dengan tak mandi, dengan keletihan usung cari makan hahahah

tiket feri

2. Makan dan tandas


kami duduk dan order air di kedai ini, manakala makan roti canai dan laksa di kedai yang bawah ini


orang memang lah ramai kan sebab cuti sekolah. Tapi bila kami dah selesai makan bertanya lah pasal tandas. Masing-masing tak bagi guna tandas. motip!!!..tu lah pasal mamak tu kaya, sebab melayu kita tak reti jaga pelanggan. Masa nak bayar tu barulah peniaga tu kata, kenapa tak cakap order makan dengan dia baru dia bagi guna tandas. Adoyaiii...ada ke patut sebelum tu suruh kami gunakan tandas jeti. Memang masa tu rasa marah sangat tau, sebab dah la letih semalam dalam perjalanan. Makanan pun tak berapa sedap, sekali nak guna tandas pun tak bagi.. Gagal!


tu lah rupa laksa nya..cair ntah rasa apa pun tak tau..jadilah nak isi perut tetap makan jugak ok
3. Feri

sekarang dah tiba masa naik feri, kolin ni dah bertahun tak nak feri. Sesak wei cuti sekolah, ini lah punca kolin selalu mengelak trip cuti sekolah. tapi kali ini tak dapat nak menolak sebab trip kengkawan wei..
i bet we have so much fun!!


keadaan dalam feri yang berkurun kolin tak pernah naik. Bagi kolin selesa lah berhawa dingin, tempat duduk ada nombor jadi tidak berebut, cuma jacket tu patut di bawah kerusi bukan di atas sana tu. Lepas tu video penerangan keselamatan tak dengan sebutir patah perkataan. Itu yang penting arahan-arahan keselamatan supaya tidak panik. Semoga kalau ada yang membaca selepas ini biarlah amaran dan langkah keselamatan itu didengari sekuat mungkin untuk keselamatan. Baik kita mencegah kan.


kepenatan..masa dalam feri lebih kurang sejam. Semua bantai tidur sebab letih. 

4. Hotel 

Penginapan percutian kali ini di Bella Vista Hotel & Resort  Langkawi. Memang cantik tempat ini, dekat sahaja dengan pekan kuah. Dan kalau nak ke kedai makan atau membeli barang keperluan hanya perlu keluar ke jalan besar sahaja semua ada. Lagi pulak hotel ini ada BBQ by beach hanya RM40 dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak. Paling mengembirakan hati anak-anak kolin adalah swimming pool mereka. 
 view waktu senja

ala ala disneyland

me and kids

bilik besar siap balkoni

toilet yang selesa

ok setakat ini itu dahulu, esok kita sambung lagi ok
ye kolin tahu..kolin asyik pergi langkawi aje tahun ini. 
Nak buat camner dah memang kena genapkan 3 kali setahun pergi langkawi baru afdal hahaha..
kan bagus bercuti dalam Malaysia hehehe

adios

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you