Wednesday, November 12, 2014

Kuey Teow Paku di Batu Caves

assalammualaikum

kali ini kolin dan keluarga dinner di sini
gerai yang simple sahaja terletak di tepi jalan 
dari batu caves arah ke gombak ada petronas
masuk sahaja jalan itu dah di hadapan dah nampak dah gerai tu


sebenarnya gerai ini dah popular dah di kalangan orang KL
memang sedap dan rasa autentic sangat masakan mereka
kegemaran kolin anak beranak adalah char kuey teow yang ada kuah tu
sedap!! ada juga kuey teow goreng paku, nasi lemak ayam, mihun sup dan terbaru
ada satay pulak. Memang lengkap makanan kat sini.

Sementara menunggu siap, kami anak beranak bergambar lah dahulu





sudah sudah ler perasan macam comel tuh
makanan dah sampai pun

yang menjadi kegemaran kami sekeluarga 
ini lah char kuey teow


menyelerakan bukan!
ini adalah masakan orang utara asli 
sebab tokei dia orang Yan Kedah, sekampung dengan hubby kolin


husband kolin makan nasi lemak ayam berempah
bau ayam tu menusuk-nusuk tuu


satay ini kami baru try semalam
rasanya boleh tahan lah...
cuma dagingnya tak cukup lembut rasanya


tengok lah anak bujang kolin..
berselera dia makan tau



haa tengok..langsai semua ok
dah kenyang!!!

kolin memang rekemen sesiapa yang nak cuba makan kat sini
ianya hanyalah gerai tepi jalan tapi sedap sangat
terasa macam kat utara bila makan di sini
harga berpatutan jugak lah dengan hidangan
so jangan tak cuba ok!


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you