Tuesday, October 7, 2014

Salam Aidiladha 2014

Assalammualaikum

Selamat hari raya korban semua
tahun ini kolin bersiaran dari petaling jaya aje rumah cik timah
semua berjalan lancar dan bersederhana

bila dah pagi semua bersiap pergi solat sunat hari raya 
menjamah hidangan hari raya yang ada 
selepas itu terus ke kubur arwah ateh


alisa dengan sepupu semua
 

jemput makan ye semua
ada agar-agar susu, kek pisang, nasi impit, kuah kacang berparu, rendang kerang, mihun sup dan bergedil. haa makan lah raya haji kann..
meriah nokk


gaya anak dara bergaya nak beraya
cepat sangat membesar laaa


nenek dan cucu berposing


dan di sinilah persinggahan kami
al - fatihah buat arwah ateh dan abah 
kubur abah jauh di johor, jadinya kalau balik kampung sajalah kami melawat abah.

kubur arwah ateh di kampung baiduri pj..di sinilah kami berkumpul 
membersih kubur dan membaca al fatihah buat arwah ateh
dan semasa ini lah kami mengajar anak-anak buah ateh 
inilah kubur ibu saudara mereka..
sayu hati ...dah dekat 10 tahun ateh pergi..semoga dilindungi Allah selalu



selesai kami melawat kubur
jum serbu rumah milah yeay...
acara makan bersambung la lagi hihih

Salam Aidiladha buat semua pengunjung blog kolin
Ampun maaf dipinta, semoga silaturrahim yang ada hari ini utuh selamanya

salam korban 2014

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you