Friday, October 3, 2014

Malibest Resort Chenang Langkawi - episode 2

assalammualaikum

untuk penginapan kali ini kolin dan milah memilih malibest. Sebabkan nak laut tu kan...rugi lah kalau ke langkawi tak rasa air laut. 

Harga untuk satu malam hanya RM180.00. dua katil size queen, bilik yang memang besar, dan siap bilik air ada bath tub. Memang keseronokkan lah anak-anak kolin sebab sengaja bawak carrie junior untuk main bubble. Bilik untuk berempat ini memang luas sangat.


pak incik melepaskan penat jetlag naik flight ...lama kan sejam
flight ke langkawi nih..huh


2 katil queen yang memang memenuhi citarasa keluarga kami yang semakin memanjang memasing


besar kan bilik air dia..almari ada
safe deposit ada
almari banyak...so semua memang lengkap untuk penginapan 2 malam ini

untuk ke tepi laut chenang pula hanya 10 langkah dah sampai
memang mengiurkan lah lokasi hotel ini
malam-malam lepak tepi laut, makan kebab orang arab, minum air kotak laici
berlantaikan pasir pantai, berlangitkan bintang malam langkawi
percutian yang memang dinantikan


bersih dan putih pantainya


yang oren cair di belakang tu bilik kami
kolin ambil ground floor sebab ada warga emas kan
ada jua bilik di atas pokok tu...ada jua chalet mengadap laut
tapi semua bilik ini hanya lah untuk berdua. masuk 4 orang memang tak selesa


haa itu cikgu milah sedang mengajar mengeja ye anak-anak
aku ni suruh ko posing milah oii..
sibuk habit nak tunjuk tunjuk papan huh


inilah abang sado kolin 200% cinta ku katanya
abang zill takde..abang zali ada ok hahah


cantik kan..


my lovely mom..cik timah
dah siap posing posing jum kita mandi laut!!! yeah

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you