Tuesday, October 28, 2014

Dream Trip to Macau

assalammualaikum

apabila kolin dapat email dari Nuffnang Malaysia tentang peraduan memenangi satu percutian yang di taja penuh, terus hati membuak-buak tergedik-gedik untuk menyertai peraduan ini.
 Kolin terus ke laman web yang disediakan iaitu
Macau Government Tourist Office (MGTO)) untuk mengetahui lebih banyak 
informasi mengenai tempat-tempat menarik yang harus dilawati di Macau. 

Mari kita jelajah bumi Macau melalui Macau Government Tourist Office (MGTO)
hopefully kolin menang lah peraduan ini..
Please Nuffnang Malaysia pilih lah kolin...merayu serayu ayu nya...hihihi

1. Muzium Di Macau



Muzium Macau adalah sebuah muzium sejarah dan budaya dengan sebilangan besar objek yang bernilai besar dalam sejarah, yang menunjukkan cara hidup dan budaya pelbagai komuniti yang telah mediami bandar ini bertahun-tahun.

kolin percaya dapat lebih mengenali dunia Macau dengan lawatan ke tempat bersejarah yang berada di bumi Macau. Semuanya ada di sini sejarah, budaya dan kewujudan Macau. Alangkah bestnya kalau kolin menang wei....

2. Kereta Kabel




Kereta kabel ini terletak di Bukit Guia menguasai semenanjung Macau dan atasnya menawarkan pemandangan landskap terbaik di bandar, iaitu Sungai Pearl dan pulau-pulau sekitarnya. Sekiranya kolin terpilih untuk menyertai lawatan ini tentunya kolin dapat menaiki kereta kabel ini dengan melalui Flora Garden Gate (Avenida Sidónio Pais). Sudah pasti sebahagian bumi Macau kolin dapat saksikan melalui kereta kabel ini. 

Macam kita pergi Langkawi lah kan, satu pulau kita boleh nampak. Macam ini jugak lah dengan kereta kabel ini. Kolin percaya pengalaman menaiki kereta kabel yang terletak di Bukit Guia ini bakal menjanjikan satu pengalaman yang hebat.

3.  The House of Dancing Water




berikut adalah penerangan dari laman web Macau Government Tourist Office (MGTO)

 Dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone, 'The House of Dancing Water' adalah produksi bernilai USD250 juta yang cemerlang mempamerkan pertunjukan menakjubkan berasaskan air yang melahirkan budaya Asia di atas pentas. Pertujukan popular ini - berakar umbikan kepercayaan Cina klasik (Confucian) mengenai 'tujuh emosi' - memaparkan kesan pentas yang fantastik bagi produksi paling mewah yang pernah diadakan secara langsung di Asia

nah...baca sendiri sikit punya best kan..
dihasilkan oleh produksi paling mewah dan ianya adalah satu pertunjukkan yang paling cemerlang
pastinya kolin nak saksikan persembahan itu kalau kolin terpilih nanti. 

baiklah, ini sebab-sebab kenapa Nuffnang Malaysia harus memilih kolin:

* kolin memang suka melancong dan tak pernah pergi ke Macau
* kolin janji akan menulis blog secara terperinci mengenai trip itu nanti, share di instagram dan facebook untuk tatapan semua orang
* kolin tak pernah berjumpa dengan blogger-blogger Nuffnang Malaysia yang hebat-hebat belaka. harap dapat bersama mereka di dalam trip ini

bagaimanapun, ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Macau Government Tourist Office (MGTO) dan Nuffnang Malaysia kerana memberi peluang untuk kolin menyertai peraduan ini. Selamat berjaya kepada semua Nuffnanger!!!

Doa banyak-banyak semoga kolin meNang weiii...

#MYMacau
#Nuffnang

sekian terima kasih 

kolin yang meroyan nak ke MACAU..uhuk uhuk


*semua gambar dan maklumat kredit kepada Macau Government Tourist Office (MGTO)


8 comments:

  1. Good luck!! Btw kami ada post mengenai trip 8 hari di Melbourne & Tasmania . Kalau ada masa jemputlah baca di www.thetravelling3o.com

    Terima kasih & all the best!!!

    ReplyDelete
  2. Thk u babe...
    Dah tengok blog u...pretty pic!!!
    Hopefully i dpt p sana nanti

    ReplyDelete
  3. Great blog! All the best!
    The travel blogger,
    http://aliciaboey.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Nice write up! Macau looks very interesting!
    Goodluck!
    http://memyselfandmelvin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Nice entry! Good luck ya!
    http://chengywong.blogspot.com/

    ReplyDelete

loving me..loving you