Thursday, September 18, 2014

kenduri di Felda Keratong

Assalammualaikum

Hari Malaysia yang lalu kolin sekeluarga dijemput ke kenduri
sepupu hubby kolin di Felda Keratong Pahang
Perjalanan dari Kuala Lumpur yang melalui Negeri Sembilan untuk sampai amat mengujakan!!
Kami bertolak malam dan sampai jam 12.30 pagi
Gelap, sempit, lenggang, takut ...waaaa...rasa macam tak nak jalan malam lagi dah
seram dikk~

anyway bila dah sampai seronok lah kan
makan makan...bersembang dan tidur sebab esok pagi nak kenduri
banyak kerja nak disiapkan
 kenduri di kawasan ini semua gotong royong bukan katering
ini lah masa semua berkenalan satu sama lain


ini lah kawasan khemah pengantin dan rombongan nanti


pelamin ala ala khemah memenuhi bahagian hadapan rumah
lawa sangat pelamin ini tau


candy bar cum photo booth accesories
aku awal-awal sebat gula-gula hiihih


antara hantaran yang ada
sori lah gambar kabur sikit..orang ramai nak menyelit tangkap gambar


inilah pemaisuri raja sehari yang diraikan..sepupu hubby namanya shida
nama pasangan nya tak silap azman kut..
lawa sangat!!


kolin dengan pengantin


kami try test dulu pelamin ni kukuh ke tidak sebelum pengantin duduk
lawa benarr...suka aku duk bawah kelambu nih lah
perasan princess jap


ini sebelah pengantin perempuan
semua mengenakan jubah berwarna kelabu lace putih di bahagian pinggang
dah tudung berwarna pink terang
they look pretty!!


dah tibanya pengantin berarak dan bersanding


yang penting alisa maisara dapat karaoke lagu ramlah ram
"diam diam jatuh cinta"
semua orang kata alisa yakin betul menyanyi
baru 5 tahun pun..semua pitching lari laa
tapi not bad for 5 year ok!!

inilah dia budak nangis nak karok!!


dah dapat karok..senyum lebar..


so kerlass ko alisa!

berakhirnya kenduri ini dengan kolin telentang makan daging cicah asam teramat banyak
dengan ayam golek lagi
memang kenyang sampai ke saat ini..

terima kasih buat pak ndak sekeluarga yang melayan kami dengan baik.
Insya Allah jumpa lagi

Wassalam

2 comments:

  1. jommm.. karoke...dah lama tak nyanyi dangdut ngan ko...bawak alisa skali pasti best..hehe

    ReplyDelete
  2. lisa mic sensorang aje wei..x mo share

    ReplyDelete

loving me..loving you