Friday, June 13, 2014

LAWATAN CIK KOLIN KE KILANG MAMEE MELAKA



48 hours sponsored post



Assalammualaikum 

Macam ‘dream come true’ apabila kolin diberi peluang untuk menyertai lawatan ke kilang Mamee yang terletak di Melaka.  Seawal jam 8.00 pagi kami semua berkumpul di Kilang Mamee yang terletak di Persiaran Subang Jaya untuk ditransitkan mengunakan dua bas ke Kilang Mamee di Melaka.  Meriah sangat!

 


Lebih kurang dua jam perjalanan kami sampai ke destinasi yang dituju iaitu Kilang Mamee yang terletak di Bandar Melaka. Acara bergambar adalah wajib bila dah sampai kan.
 

Mamee-Double Decker yang kini mempunyai rangkaian pembeli berjumlah 5.47 juta melalui data yang dikeluarkan oleh Kantar Worldpanel  baru –baru ini. Malahan Mamee-Double Decker produk  mi segera laris iaitu pembelian sebanyak 4.2 juta oleh penguna di semenanjung Malaysia. Jadi ianya memang produk yang dikenali ramai.

Kami seterusnya diberi taklimat sejarah dan produk yang ada di sini. Tayangan video juga ada untuk penerangan yang lebih jelas mengenai produk ini. Barulah kolin tahu yang mamee ini mempunyai banyak sangat produk. Ingatkan mamee monster snek dan mi segera saja. Rupanya ada juga minuman yang dikeluarkan oleh Mamee, contohnya: jenama Cheers dan Lite Yo.




Semasa sesi penerangan dilaksanakan, kami diberi peluang untuk melihat bagaimana kaedah traditional mi tarik di lakukan. Menurut kata pegawai penerangan, kaedah mi tarik ini digunakan untuk produk mereka Mamee Chef “lain daripada yang lain”. Dengan chef yang dijemput dari China membuat demontrasi untuk kami semua lihat bagaimana mi tarik itu dibuat.

Dan tak lupa juga photo booth yang disediakan oleh pihak mamee amatlah menarik sampaikan semua berebut-rebut ingin bergambar.




Begitulah cara mi tarik dilakukan. Sangat menarik dengan doh yang telah dibuat lebih awal dan akhirnya doh tersebut menjadi mee yang sangat enak. Itulah sebabnya Mamee-Double Decker telah berbelanja  sebanyak RM80 juta untuk menyediakan mesin membuat mi tarik ini. Ini semua bagi memberikan rasa sebenar kepada penguna kesedapan mee tarik seperti rasa La Mian mee yang terkenal di China. 


Selepas itu kami diberikan demontrasi cara masakan mi kari laksa keluaran terbaru oleh Mamee-Double Decker.





Aroma yang begitu menyelerakan memang tidak dapat disangkal yang Mamee Chef Kari Laksa ini yang di iktiraf diantara sepuluh yang terbaik bagi kategori Mi Segera di dunia untuk tahun 2014 oleh www.theramenrater.com.  Mamee juga memenangi Putra Brand Awards Recipient 2014 under Food Stuff Category dan Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient bagi dua tahun berturut-turut. 

Produk Mamee Chef mi segera ini disediakan dalam 3 citarasa. Ada Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai, Perisa Laksa Kari dan Perisa Ayam Pedas Shitake yang mana kesemua produk ini mengunakan kaedah mi tarik. Untuk semua citarasa ini, Mamee- Double Decker telah berkerjasama dengan Dato’ Chef Ismail untuk memastikan semua rasa mi segera yang dihasilkan memenuhi citarasa sebenar.
Malahan semua paket mi segera mempunyai berbagai makanan sampingan berlauk seperti udang, sayur-sayuran, cendawan dan tofu. Yang penting seperti isu yang sangat hangat sekarang, Mamee- Double Decker memastikan produk yang dihasilkan memenuhi standard halal yang dikehendaki dengan memastikan kualiti dan kebersihan keberhasilan produk.

Selesai sesi penerangan, kami semua dibawa melawat ke kilang mamee bagi menyaksikan sendiri bagaimana mi segera dan produk lain dihasilkan. Ruang kilang yang sangat bersih dan luas ini memberi gambaran bahawa mamee benar-benar mementingkan kualiti produk.




 
Selesai ronda-ronda kilang, kami terus dibawa ke ruang makan untuk makan tengahari. Kali ini makanan kami dibawakan oleh Mamee Jonker House. Ada nasi ayam Hainan yang sangat istimewa dalam bentuk bola kecil, satay, kek dan air dari produk cheers.  Kami juga diberi rasa produk Mamee Chef yang terbaru iaitu Mamee Chef Kari Laksa.







Selesai makan tengahari, kami semua diberikan buah tangan untuk dibawa pulang dan lebih istimewa disertai dengan kad ucapan ini.




Selesai melawat kilang mamee, kami dibawa pula ke Mamee Jonker House yang terletak di Jonker Street Bandaraya Melaka.  Sampai sahaja disana kami disambut oleh patung yang sangat comel dihadapan pintu masuk.




Comel sangat kan! Di sini ada jualan produk mamee dan juga restoran yang menyajikan masakan oleh produk mamee. Di sini kami berpeluang untuk mewarna sendiri cup mamee mi segera kami sendiri dan memilih makanan sampingan yang kami ingini. Jum mewarna!!

 


Ini lah masanya kolin menunjuk bakat mewarna yang terpendam ok. Seronok sangat aktiviti yang disediakan oleh pihak Mamee Jonker House. Lepas dah mewarna masa untuk selfie pula.


Ohhh my Mamee…


Di Mamee Jonker House juga ada jualan barangan yang kita boleh beli di Jonker Street.  Harganya pula berpatutan dan yang penting banyak pilihan.


 
 

So siapa kata produk mamee ini tak best? Buktinya semua best dan kolin dah pergi tengok sendiri bagaimana produk ini dihasilkan. So jangan lupa dapatkan produk Mamee-Double Decker anda sendiri di pasaran okay. Jangan lupa like page fb MameeChef ok... www.facebook.com/MAMEEchef.

Khidmat pesanan masyarakat Mamee- Double Decker dibawakan oleh alialisakreatif.blogspot.com




5 comments:

  1. camne nak dpt invite cenggini beb...taktau pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang aku buat..aku just upload story one a day..
      lepas tu nuffnang akan hantar invitation tuk apa-apa event, kalau rasa sesuai boleh join. rajin sikit mimah oiii

      Delete
    2. hahaha...ok...aku ni nape ntah maleh bebenor nak update blog since dah ade instagram...keh keh...aku tengah cari mood nak rajin balik nih...ok tq cengkolin

      Delete
  2. dapat gak invitation ni tp tak dapat nak join..sodeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kolin rasa nanti ada lagi kut jemputan event lain, mana tau ada ada rezeki bole join mar mansor...

      Delete

loving me..loving you