Wednesday, March 12, 2014

Puisi untuk MH307


assalammualaikum

Semalam kolin ada update kat FB mengenai MH370 tu..
well ada seorang rakan baik telah berkongsi puisi yang sangat indah untuk kolin share bersama

jum kita enjoy puisi...
************************************

Doakan MH370 
Hari ini ketika tumpuan diberi 
Kehilanganmu teruji juga dikeji 
Khidmat cara lama diberi 

Kecanggihan diuji malah dicaci 
ITULAH HEBATNYA WARTAWAN FB
 Berusaha menunjukkan kebodohan diri 
 Beritanya hanya tertumpu di PC setiap hari 

Tiada Perasaan langsung terpahat dihati
 MH 370 Sentiasa dihati 
Hingga kini tumpuan diberi 
Ramai sungguh menunjuk kepandaian diri

 Pelbagai andaian juga diberi
 Orang biasa berkata tak ikut hati 
Org Politik turut tunjuk kebodohan diri 
Bila silap baru maaf minta diberi 
Ibarat otak letak dikaki. 

Yang simpati pelbagai usaha diberi 
Doa dipanjat setiap hari 
Solat hajat tanda kelemahan diri
Tanda insaf pada Illahi 

Mohon pentanda akan diberi 
walaupun Ia mengadap Illahi 
 Kehilanganmu ramai meratapi 
Walau tidak menimpa diri

 Namun memahami empunya diri
Hidup matinya di janji 
Pasti hanya doa mampu diberi
 Kami yang hidup masih tak pasti.

 MH370 Satu dunia berusaha memberi
 Sanggup berusaha berhari-hari 
Hidup mereka tak penting diri
 Hingga tak ingat keletihan diri 
Berusaha tanpa minta pujian diberi 
Sanggup berusaha walau di keji
 Kamu semua wira dihati kami."
 ****************************************************

ermm..please come back MH370
as well as...
 pray for rain..pray for rain..pray for rain...

2 comments:

  1. aduhai...sayu nya.... family penumpang & krew pesawat tu lagi la tk tenteram hidup selagi tak tau status sebenar pesawat tuh...

    ReplyDelete

loving me..loving you