Thursday, December 5, 2013

Sepang GoldCoast Resort, Bagan Lalang

assalammualaikum

teruja sangat diberi peluang untuk melawat resort yang sangat berprestij  ini. Jam 8 pagi kami mula bertolak dan perjalanan ini pun bermula..excited!! Resort 5 bintang ini menawarkan penginapan hotel di atas air. Cuma pada kolin pantai bagan lalang yang sikit keruh sahaja akan dijadikan alasan tempat ini tidak menarik. Hiasan dalaman resort ini yang kotemporari yet modern memang sangat sejuk mata memandang. Tanggapan kolin "well good for community". Apa tidaknya masyarakat sekitar sini berpeluang berniaga kecil kecilan dengan pertambahan pelancong dari dalam dan luar negara.

Semasa taklimat kami diterangkan yang resort ini akan mengekalkan apa yang mereka mahu. "still access to the public"..well kolin harap resort 5 bintang ini akan begini selama-lamanya. Tak best lah kan kalu suatu hari nanti Bagan Lalang tidak dapat kita semua pergi sebab dah mahal dan memang rasa macam tak layak berada di Bagan Lalang. Sedangkan itu adalah milik orang awam kan..

Hotel sangat-sangat cantek range harga bilik dari RM400 kalau tak silap kolin. Lagipun pegawai resort ada maklumkan di website mereka ada potongan diskaun. Destinasi yang sangat sesuai untuk meraikan cinta...honeymoon, anniversary bla bla bla

Selain aktiviti pantai, di sini jua ada aktiviti lasak. Macam go kart, memanah dan merentas naik moto yang roda 4 tu. Seronok..malangnya kami hanya berpeluang mencuba aktiviti memanah. Terima kasih tau bagi peluang..ala RM10 sahaja murah sangat.

Tapi yang paling best makan tengahari kami gila kentang!!..Binatang apa saja yang tak ada..
sangat-sangat seronok..memang kolin tak sentuh nasi oii..makan lauk semata. Dessert dia cheese cake tu sangat mengugat iman...adeh..berkilo kilo naik badan den

Kepada sesiapa yang teringin menginap di resort ini boleh lah cuba. Best dan pasti tidak menghampkan. Kolin plan next year in February sebab masa tu lah resort ini akan disiapkan sepenuhnya. Sebab masa lawatan tu masih di peringkat renovation.

Terma kasih urusetia yang membawa kami melawat tempat ini.
What a wonderful experience..tambah pula balik tu kami singgah di kilang kerepek di banting. Memang sangat ohsem lah kan..5 paket kerepek berbagai jenis besar-besar cuma kos RM14 pada kolin. Syok giler...sempat lagi kolin lalu depan rumah arwah pak sidek yang melahirkan jaguh-jaguh badminton negara. Siap ada tugu raket tu..

So sila lah ke Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang untuk percutian destinasi cinta heheheh

Enjoice..


Macam biasa teruja naik bas

aksi takde keje


dengar taklimat bla bla

Go kart!!

saja tayang kasut kami yg mahal tuh..hahah

aksi mengada!



gambar yang menimbulkan kontroversi hahhaa...terima kasih semua sporting..

 keadaan chalet yang sangat cantek!!

happy face after taklimat
kolin with diah

 sesi taklimat tepi laut..macam biasa kolin puteri lilin..
tu kaedah tutup mata pakai tangan hihih

happy face lepas check it out the villa..super nice!!

unfake girlfriends..

girlfrensss

candid..i guess so...

The pretty resort

The sexy room...oh how i wish ...huhuhu


Tengok gambar pun tahu resort ni super best kan
nak experience sendiri, sila lah ke bagan lalang ye
ohsemmmmm.....




2 comments:

  1. resort mmg cantik sgt, tp cm tk berapa sesuai je wat kt bagan lalang sbb pantai nye tk best kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resort mmg best gile dan mahal..pantai sedikit out haha..
      Zura dah pegi ke

      Delete

loving me..loving you