Wednesday, November 13, 2013

surprise from ali imran

assalammualaikum

pada 7 November 2013 seperti yang kolin share sebelum ini, ali imran dapat anugerah cemerlang di sekolah. Kolin dan hubby memang tak tahu apa yang ali imran dapat ok. Memang clueless! So pergi lah kolin dan lisa meraikan abang. Hubby ada kerja sikit pada masa tu datang lewat.

Masa pendaftaran ibubapa, Ali Imran kelas 1 Budiman di kotak pertama. Kolin senyap lagi, masih tak faham apa laaaa anugerah yang ali imran dapat nih. Duduk lah sambil berborak dengan mak ayah lain dan cikgu. Sekali ada jiran kolin tanya "anak dapat apa?"...kolin terpinga-pinga ..
"entah lah..sebab dalam aturcara ni tulis dia 1 budiman dan no. 1."..balas kolin

sekali jiran tu kata "ooo ali imran no. 1 lah tu..tempat pertama. Anak saya hawa no. 2"..

Ya Allah terkedu kolin..surprise sangat-sangat
Ini lah anugerah terindah..ali imran capaikan impian kolin untuk lihat dia naik pentas. Dia bagi mamy dia merasa pergi tengok dia naik pentas. Lagi terharu dia bagi kolin bangga dengan dapat
TEMPAT PERTAMA bagi kelas 1 budiman.

Ya Allah...tak dapat nak bayangkan kegembiraan kolin ini
Tatkala nama ali imran diumumkan cikgu penerima tempat pertama kelas 1 budiman.
Mata dah berair, dada dah sebak..tunggu nak mengalir aje

Biarlah orang lain nak kata baru darjah satu..
alah...baru darjah satu..
biarlah..korang kata laa..apa pun

tak tergambar kegembiraan kolin tatkala itu..betapa teruja nya kolin..

anak ini yang sering kata takde 'homework'
anak ini yang cikgu sering mengadu 'tak bawak buku'
anak ini yang cikgu kata 'sangat relak'
anak ini yang kami lihat 'blurrr selalu'

Hari khamis 7 November 2013
anak ini lah memberikan kolin sejuta rasa kebahagian..
terima kasih ali imran sazali..bagi mamy rasa pengalaman ini..

semoga abang terus maju, sukses, berjaya dunia dan akhirat
semoga abang jadi anak soleh yang berbakti pada ibubapa
semoga abang  di lindungi Allah SWT selalu..









2 comments:

  1. alhamdulillah....auntie tumpang happy dengan ali imran...congrats mummy

    ReplyDelete

loving me..loving you