Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Hatta Dolmat di First Lady

Assalammualaikum

Tadi masa lunch kolin sempat terjah kat First Lady, Plaza Alam Sentral Shah Alam untuk merasa dan melihat sendiri rekaan Hatta Dolmat ini. Harganya bagi kolin sangat berpatutan untuk seseorang yang telah menempa nama besar di persada fesyen tanahair. Kepada sesiapa yang tak kenal Hatta Dolmat tu siapa..memang sedih~~


haa tu gambar ihsan dari goggle, buat sesiapa yang tidak mengenali hatta dolmat ni siapa. Banyak tau retis kita yang dia design baju nya. Kahwin ler, dinner ler..red carpet ler..
so now giliran kita pulak merasa nak pakai baju rekaan dia tuk hari raya ..yahooo..

so masa kolin pergi tadi memang ramai lah nak usha baju tu. maklumlah lagi 2 hari nak gaji, nak raya mesti nak melawa kan. 


ok baju ni yang pertama..sangat lawa..
cutting memang akan nampak kurus dan tinggi, kalau tak silap Yana Shamsuddin ada pakai baju ni color merah. Memang cantek, batu swaroski yang kerlas..mengerlip..lace ye


bagi baju kedua ni pulak memang color block abis..berani tak berani nak pakai aje. 
masih ok, nampak slim jugak..cuma kolin tak pasti material dia.



diantara yang dipamerkan di First Lady
Harga di antara RM295 ke atas kalu kolin tak silap lah



haa kepada sesiapa nak merasa baju rekaan Hatta Dolmat jangan malu dan segan sila lah berkunjung ke First Lady di mana mana sahaja tuk view dan dapatkan koleksi ini. 

Good Job Hatta!!..



p/s: selalu jumpa hatta dulu, time student kut
beli manik kat kawasan ole-ole seksyen 19..hehehhe

2 comments:

  1. rekaan hatta dolmat dh ada kt first lady yerk... nnt nk g tgk la...

    ReplyDelete

loving me..loving you