Monday, November 5, 2012

Pantai Indah Seaview Resort - Part 1

Assalammualaikum

Mak kolin selalu kata jom bercuti beramai-ramai. Nak dekat-dekat aje saja bagi ramai-ramai berkumpul dan have fun! Dan yang paling penting ada swimming pool untuk mandi beramai-ramai bagi anak anak kecil suka termasuk aku suka hahah..masa ni lah nak tunjuk skill oii. 

So nak dijadikan cerita kami pun pergi lah ke Pantai Indah Seaview Apartment yang terletak di Sg. Sembilang, Kapar Selangor Darul Ehsan. Landmark yang bagus adalah terletak 1 kilometer dari pantai remis. Dan memang senang dan mudah untuk cari lah apartment tu. Apartment yang kolin tempah hanya berharga RM100.00 satu malam itu memang betul-betul memuaskan hati. 

  
masa nak masuk ke kawasan apartment tu memang laluan kampung dan sebelum masuk ke pintu guard apartment ini ada rumah semi D yang cantik di hadapan. Dan kami pun sampai, check in jam 1 tengahari yang bagusnya. Tak payah kita nak buang masa menunggu sehingga pukul 3pm untuk masuk ke bilik penginapan macam di sesetengah hotel lain. Masa check in, duit bilik sudah pun kolin transfer online jadi mereka hanya minta RM50 untuk deposit. Dan tuala di berikan hanya 2 helai setiap unit. Dan kolin diberikan kunci untuk ke tingkat 2...

view dari hadapan bilik kami..

tanpa melengahkan masa kami pun terus naik ke apartment yang telah diberikan. Memang memuaskan hati sangat-sangat dengan keadaan. Cuma tv yang agak ntah hape-hape dan sinki yang macam bocor. Langsung tiada penyapu atau kain pengelap kaki disediakan di dalam apartment ini. Nasib baik kami ada membawa kain buruk..sebab memang dah agak tak akan ada punye. Anyway masa kami sampai..semua dah kelaparan. Cuaca memang mendung, tapi harus bersantap dahulu laa

aku dan mama ada membawa juadah sorang sikit. Mama masak rendang ayam, udang sambal petai, timun dan air mangga. Aku pulak lauk paling senang memandai hanya sambal sardin, sosej goreng, dan periuk nasi dengan penuh nasi di dalam. 


Lepas makan-makan barulah bole snap view dari dalam apartment untuk sesiapa yang plan nak bercuti di sini.

pemandangan dari pintu masuk

Bilik no 2..yang ada cuma kipas angin

dapur yang ada

apartment balkoni

bilik utama yang punya air cond dan toilet di dalam

katil yg hado..

toilet

ok dah view semua...puas hati tak RM100 u all dapat pergi jimba-jimba dan beristirehat bersama keluarga. Of course aku bawak toto, selimut dan bantal lebih. Tapi kalau malas apartment ni ada menyediakan tilam dan bantal untuk disewa. Cuma pada aku dari KL ke Klang tu..dekat sangat. Baik bawak aje apa yang ada daripada membazir tak tentu arah kan. Baik nya duit tu pergi makan seafood yang seda-sedap di jeram ni. Yummy..





  

p/s: can't wait for the next holiday ..yeay

4 comments:

  1. Salam alia,

    Apartment ni ada dapo tk ? Ke zura perlu bwk gas dapo portable klo nk masak ?

    ReplyDelete
  2. salam zura

    rasanya mereka memang tak kasi masak. so memang takde dapur lah. anyway bawak periuk nasi dan beli seafood tuk rebus2 pun dah ohsemmmmm sangat

    ReplyDelete
  3. Tima kasey alia sbb share info, sbg upahye zura dh jdk follower ur blog ni.. :-)

    Zura plan nk g sana cuti krismas ni.. Nnt bile zura wt entry, zura akan promote ur blog ok.. :-)

    ReplyDelete
  4. hey zura..

    alhamdulillah...syukur.
    thx a lot...panggil saya kolin yeaa...
    nice having u as a new follower...:)

    ReplyDelete

loving me..loving you