Thursday, October 4, 2012

Malu aje~

Assalammualaikum

Pepagi ni macam biasa aku bersiap pergi kerja lah, so gosok baju, masak air dan siapkan pakaian anak-anak ke taska. So bila dah selesai solat tu aku mula lah kejut ali imran bangun tidur kata nak pergi sekolah kan kang takut terlewat. Nasib baik lah anak sorang ni cepat aje bangun bila dikejutkan bangun tido hari-hari. 

Rutin harian sebelum aku nak pergi kerja memang hari-hari bagi dia duit belanja sekolah RM1 setiap hari lah. Dan selalu ali imran akan simpan duit belanja dia hari-hari sebab dia nak beli mainan yang memang aku tak akan nak beli untuk dia hahahaha. Bukan kedekut ok..ni nak ajar anak cara menyimpan duit. So selesai semua tu aku salam hubby, anak-anak dan siap lah ke tempat kerja. 

Sekali dalam perjalanan telefon berbunyi nampak nombor hubby naik, ingatkan ada apa emergency. Sekali dengar suara ali imran kata...

"mamy ni malu aje, hari ni sekolah abang cuti lah....
buat malu ajee tau.."

hahahah gelak besar ler kan. Aku pun tanya kenapa cuti, mamy tak baca pun surat cikgu bagi suruh cuti (imran baru 6 tahun heheh). Dia kata ada dalam beg angry bird surat dia, kenapa tak baca. Waahh..salah mamy yer tak selongkar beg kamu cari surat cuti hehehe. Imran kata malu aje abang dah siap pakai baju mamy, tapi sekolah cuti hahahhaha...

ayat yang berulang kali dia kata kat aku hari ni "buat malu aje"

yang malu...ali imran hihihih



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you