Wednesday, September 5, 2012

Restoran Asam Pedas, Seksyen 7

Assalammmualaikum

ok bersempena hari jadi cik tiramisu (di facebook tu nama dia) puan sufia hafizah telah berbesar hati belanja bufday lunch di sini. restoran yang terletak di seksyen 7 shah alam bersebelahan dengan mydin mart. Parking pada waktu lunch hour tu..sangat ok..kami dpat parking depan kedai sahaja. Interior yang sangat menarik, oh jangan lupa pandang di bahagian atas..lampu dah rupa spiderman. Tempat duduk makan pulak siap bantal merah dan putih..looking so cozy..sampaikan peja kata "rugi kita lambat"..so duduk bahagian tak syok hahahahhahah

so makan nya..kami amik ikan tenggiri masak asam pedas, telur ikan tenggiri masa asam pedas, telur ikan tenggiri goreng berempah, telur dadar dan juga kailan ikan masin. Nasi yang datang pula siap ada telur masin setengah, timun, sambal belacan dan keropok. Masing-masing kali ni bersetuju pesan sirap limau ais..mari tengok gambo bagi kome terliur..

 dari kiri..telur ikan tenggiri goreng berempah, kailan ikan masin dan telur dadar

masak asam pedas telur ikan tenggiri

 masak asam pedas ikan tenggiri

rasanya ..hrmmm sedap ko..licin kami makan hahah...nak kata lapar tak jugak. Tapi memang sedap sangat, terus teringat nak bawak mak makan kat sini. Sebab dia kan orang negeri sembilan so for sure dia suka makan di sini kan. Anyway lepas siap semua makan harga dia pun amat menyenangkan hati tau...murah dan sangat berbaloi ..hanya RM39 sahaja..imagine that! murah dan sedap 


so yang dirai baju biru tu...over and over again..selamat hari lahir!!!


3 comments:

  1. Kedai cam apa, pi kul 6 suh datang kul lapan alasan barang masak abis, datang balik kul lapan sama gak... bek xyah buka kedai, frusttttt datang dri jauh last2 makan kat hailam kopitiam

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai..kesian nya awak. Saya dah beberapa kali pergi tak pernah hadapi masalah tu. Takpe..nanti saya jumpa restoran asam pedaas yang sedap saya share ye..peace *wink*

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

loving me..loving you