Friday, September 7, 2012

Potluck Raya ~ 7 Sept 2012

Assalammualaikum

semalam punye majlis apc dan sambutan hari raya peringkat jabatan pun kolin tak hupdate lagi. seminggu ni banyak sangat event ko ...murah rezeki sangat, syukur alhamdulillah. so today kami beramai-ramai ditugaskan membawa juadah masing-masing untuk menjayakan potluck hari ini ..yeay...kolin macam biasa lah suka naa bawak spaghetti, abis ok..kuah aje lah ..biasa laa kuah lebih lebih kan..so tinggal laa spaghetti tu..nanti aku bawak balik bole goreng hihihi


tu lah kejadian..kuah abis spaghetti ada lagi, makanan usah cakaplah berbagai-bagai sangat. rasa sampai memang sendat perut nak makan tau. Tu memang dari breakfast bawak ke lunch dan bawak ke teabreak petang nanti..kul 4.30pm makanan yang menarik tak abis kolin boleh tapau yeay...leh buat pangai makcik-makcik suka menapau..ada aku kesah! huh...



saksikan lah sendiri kemeriahan apabila almost 80 orang berkumpul. Majlis ini dimulakan dengan pengerusi majlis si syafiq syaro yang memang suka meraban tak abis tu mulakan, bacaan doa oleh ustaz nazif dan at last ucapan pengarah lah.  Pengarah memberi amanat sikit-sikit dan bermula lah acara belasah tu. Pada kolin asalkan semua orang happy dan seronok dah cukup bahagia. Harapan nya silaturrahim yang terbina ni berkekalan ke akhirnya.


dan pada masa entry ni kolin tengah tulis, kawan-kawan masih sedang menjamu selera di luar hahah. Yelah, tak elok membazir...makanan banyak sangat.

Tradisi di pejabat kolin ni "potluck" adalah di ilhamkan oleh Puan Sufia Hafizah. Sekarang beliau telah berpindah ke UiTM berkhidmat di sana. Namun amalan dan ikutan baik sufia masih kami amalkan di pejabat ini. Alhamdulillah, benda baik ini diteruskan lagi...Terima kasih sufia..

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you