Thursday, September 27, 2012

Medan ~ Part 6

Assalammualaikum

Well...kami pun balik hotel bila dah selesai membeli belah di Kek Lapis Zulaikha tu. Anyway sebabkan hari ahad banyak kedai di pajak ikan ditutup demikian juga lah money changer. So bila sampai di hotel, kami bertanyakan money changer yang terdekat. So memang SAH tutup kata mereka. Dan hotel ada menawarkan tukaran wang tapi dahsyat bapak mahal nyer 1 juta Rupiah almost RM450 tau...padahal satu juta Rupiah dalam RM335 aje pada masa tu. Tak jadiikkk!!

so selepas hantar mereka ke hotel, kolin kata kat hubby yang mama dan kolin nak keluar berdua nak cari money changer di sun plaza tadi. So dia pun setuju memandangkan dia dah mengantuk dan sememangnyer dia dah penat. Anak-anak dan hubby take a good nap lah semasa di tengahari, so kolin dan mama syok-syok keluar berdua hahahah. Masa tahan bechak tu duk kata kat dia nak p Sun Plaza. Tapi masa dalam bechak terasa macam jauh betul. Sama juga kolin bayar RP10,000...tapi dia hantar salah tempat daaa...Medan Fair Plaza lerr

fokus pada cermin yeee


masa sampai tu terasa gak macam kenapa lain eh. Tapi bagus gak orang tu tersalah hantar sebab kat sini kalau korang nak shopping memang best! murahan ko..Pumps shoes lawa-lawa dalam RP50,000 aje. Nak beli baju RM5 pun ada dan sangat boleh dipakai. Di bahagian luar mall ni pulak ada macam deretan rumah kedai bertentangan mall. Cara melintas ada jejantas tertutup siap air-cond. Masa kat sini kolin beli brownies lah, saja nak merasa kan. Orangnya memang ramai ala-ala chow kit lah...dan murah sangat-sangat membeli belah kat sini. Kami dapat juga jumpa money changer akhirnya. Lega sikit..sebab masih ada semalam lagi kat sini nak makan dan nak bayar aiport tax lagi. Duit Rupiah dah susut akibat beli belah. 

Anyway kami jalan-jalan dan beli serba sikit terus nak balik ke hotel. Sebab panas sangat, kolin dan mama tak larat nak ke mana-mana. Masa tahan bechak tu, kata hotel kesawan lah. Dia kata tau tak harga, kolin duk kata Rp10,000 tapi dia kata tak boleh nak RP15,000. Ikutlah wahai orang indon tu...dah tau korang selagi boleh nak perah, perahlah kami pelancong ni yang datang..nasib ler..mana-mana pun sama. Orang kita pun suka kenakan pelancong gak kalu mereka ke Malaysia. Ni semua sikap lah...Dah tu sampai hotel..yeay...tido hahahha. Penat ko...tu bayangkan kalu aku ke brastagi ...hrmm hampehh ler..

RP80,000

ni beli kat airport...durian kek lapis dalam RP35,000

brownies dalam RP15,000

dodol bagai-bagai dalam RP8,000 kut..

kartu hotel kesawan yee..

so kami tidor..nantikan apa kami buat malam ahad di Kota Medan dalam part 7 ye..saja bagi pecah-pecah story. Kang kolin ketandusan idea lak nak menulis hahahha. Takpe-takpe...doakan yer..semoga semua dapat manafaat di sebalik semua pengalaman yang kolin share nih..adios..


p/s: tak faham dengan orang yang suka tabur pasir dalam periuk nasi orang nih...meroyan!!

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you