Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Madah berhelah

Assalammualaikum

Kadang terusik jugak perasaan apabila mendengar cerita kawan-kawan yang menempuh dunia percintaan dan perkhawinan yang penuh pancaroba. Lain orang lain dugaan nya, yang pasti bagaimana kita nak menempuh masalah yang telah diserahkan kepada kita. Kadang tu bila kita mendengar cerita tergamam kita dibuatnya, tergamak nya si dia melakukan sedemikian. Apa ntah lagi kalu kolin kenali dia dengan sifat baik dah belas ihsan. Tak terpikir kalu lah kolin di tempat kawan-kawan tu yang selalu dilanda badai. Ye..sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri...tu lirik lagu P.Ramlee..memang kena kejadian yang menimpa kawan-kawan..

Apa yang kolin boleh buat dengan kawan-kawan nih...kata-kata madah berhelah ini lah. Semoga ianya memberi semangat dan inspirasi didalam meneruskan kehidupan kita seharian. Kadang bila dengar nak aje peluk kawan-kawan kita kuat-kuat. Tak sangka begini kuat dugaan yang mereka hadapi. Dengan suami kaki pukul, pengabaian dan penderaan emosi. Tergamak sungguh...semoga ini semua dijauhkan di dalam rumahtangga yang kolin bina selama ini. Semoga Allah SWT semaikan perasaan kasih sayang sesama kami di dalam melayari bahtera ini.

Kepada semua pengunjung dan jua kawan-kawan, semoga kata-kata ini membawa perubahan di dalam hati dan sanubari masing-masing. Kolin pun copy ni semua dari facebook..ada kawan-kawan share. Rasanya sesiapa yang tengah sedih kehilangan, akan kehilangan dan rasa kejauhan bole kut amik semua madah tu dijadikan inspirasi.

Selalu positif jua penting, menangsi kerana sedih tak salah. Tangis la semahu mana pun, tapi kene fokus atas apa saja keputusan yang bakal kita buat. Tak ke mana kalu bersedihan berpanjangan, jalan penyelesaian memang kene cari dan leraikan. 

Anway..i am glad to share all this...








p/s: wahai sahabatku...semoga kamu tabah menghadapi dugaan ini....

2 comments:

loving me..loving you