Thursday, August 23, 2012

beraya!

Assalammualaikum

waaa bersarang laa kan blog ni dah dekat beberapa hari ni memang kolin sibuksangat beraya. Well tahun ni sangat bersederhana kununya laaa kan..kolin sekeluarga bertolak jam 4 petang menuju ke yan kedah pada sabtu petang tu. jalan raya on sangat tak lah jem sangat dan berbuka di tapah, malangnya RnR tapah tutup pulak so berbuka ala kadar dan nasib baik dalam bonet ada tikar..berkelah la kami di kawasan rehat tu..uhsemm sangat rasa.

kami selamat sampai ke yan, kedah tempat kelahiran suami kolin pada jam 12 malam, tapi meriah betul pekan guar chempedak tu sebijik macam jalan TAR di kuala lumpur semua melelong dan ada jua yang mencari barang barang tuk beraya pada malam menjelang raya. tapi rasa sayu bile sampai di rumah tu, memang kali ni kepulangan kami tidak dinanti oleh sesiapa pun. rumah kosong yang ditinggalkan tu kami masuk dan kemas lah ala kadar. kuih muih pun di bawa dari kl demi sambutan raya esok hari.

kami sangat berasa beruntung ada juga sedara mara, mak long som menghantar ketupat dan rendang di pagi raya...terima kasih mak long! dapat jua kami merasa raya tahun ni. kami ibarat tuan rumah yang membuka rumah pada tahun ini. demi nak berasa raya..rasanya lebih bermakna beraya di rumah ini.

selesai bersiap suami pun pergi solat raya, kolin menyiapkan anak anak dan kami pun pergi beraya!!!!! seronok sangat masa ni lah berjumpa semua orang. maklumlah dah dua tahun kami tidak beraya disini.. anak anak paling seronok sebab baru terasa kampung...kolin rasa sedih masa ke pusara ayah dan ibu mertua..namun kami masih ada ibu mertua tiri di perlis yang perlu kami lawati...

puas rasa tido rumah tinggalan ayah ni dua malam...walaupun kosong...
jiwa kami anak beranak bahagia....

sambungan beraya nanti kolin update lagi yeee!

adios

2 comments:

  1. Oh...jgn la sebut Guar Cempedak...itu kampung sy...tpi semuanya dlm kenangan..sedey sgt bila trkenangkan rumah tok yg slalu riuh dgn suara ktorg time ry tpi la ni umh tu kosg...dh mcm hutan tok kata...umh yg byk tgal kenangan...perut sy trbkar main bunga api pun kt umah tu jugak la..kalo lah dpt lagi braya di Guar Cempedak, msti dpt tgok kemeriahan yg k.lin ckp tu.. =(

    ReplyDelete

loving me..loving you