Saturday, April 14, 2012

hujan

dengar guruh di langit
dengar air di atapan
semua itu petanda hujan

hujan membasahi bumi sekali
bumi yang telah lama gersang dan tandus
hujan yang mengiringi noda noda kehidupan

deraian hujan bagai mengiringi hati
hati yang selalu basah dan hiba
kebasahan yang tidak pernah kering
hati kecil nan merah milik manusia kerdil

kerdilnya tubuh manusia itu cuba memahami hujan
hujan yang turun di senja hari
sesungguhnya ini adalah kurniaan Illahi
manusia menerima dengan sepenuh hati

seakan hujan mengerti maksud di hati
hati yang tidak pernah sunyi mengerti
mengerti kedudukannya di mana kini
seakan mengerti rahsia hati

biar lah hujan turun selebat lebatnya
selebat sedih di hati manusia
dengan kejam di syaki pendusta
semoga kebasahan ini mengubati jiwa lara

jiwa lara ini sememangnya kehibaan
hiba nya hati seorang manusia

nota kaki:
ex 5 sastera 5
Sek. Men. P Assunta Petaling Jaya

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you